Monday, March 30, 2009

MALAYSIA jOiNs EarTH hOuR liGHts-Off

As we know, on last 28th March, Malaysia created a new history when plunged into darkness with many of its famous landmarks and skyscrapers switching off to mark Earth Hour. This is Malaysia's first participation in the event initiated by World Wide Fund for Nature (WWF) since it started in Australia in 2007.

The newspapers reported that tens of thousands of households and businesses nationwide joining millions others across the globe in solidarity to turn off non-essential lights for the one hour campaign aimed at raising awareness on global climate change.

On that night in KL, the gleaming Petronas Twin Towers went blackout as the clock struck 8.30 pm while at KL Tower, a base jumper carrying the Earth Hour flag parachuted from the tower to signal the start of the event. In UMP, we also joined this campaign as we went blackout for one hour from 8.30 pm until 9.30 pm to show our love for the earth and to support the effort by WWF.

Other landmarks including the historical Sultan Abdul Samad Building, Angkasapuri, Menara TM, Menara Maybank, Istana Budaya, Kuala Lumpur Hospital and National Heart Institute also had their lights turned off.

LeArNinG tHe BAsiC oF OrGaNIC faRMinG

RANAU: Using shovels and getting their hands dirty preparing farm beds, 23 civil servants and non-governmental organisation members have picked up the basics of organic farming.

The participants recently spent three days at the Environmental Action Committee's organic farming training centre in Bundu Tuhan.There they learnt compost making, soil management practices and methods to produce pesticide free vegetables and fruits.

The Environmental Action Committee (EAC) is hoping the trainees will use their newfound knowledge to educate their peers and conduct similar programmes for others.

In a news release, EAC technical adviser on organic farming, Low Siew Wah, who conducted the course, said participants were also exposed to maintenance of farm beds and ways to plant and harvest crops.

"Organic farming is part of environmental conservation.

"I showed them an alternative seeding method that replaces the use of plastic with newspapers, which are twirled around a pipe and made into paper cups to place seeds," he said. _________________________________________________
From my opinion,

WHY ORGANIC FARMING IS GOOD??
1)It is part of environmental conservation.
2)The vegetables and fruits are safely to eat without need to wash properly because they are free from pesticide.
3)It can give us a big profit in money although we know that organic farming is still new in our country.

Thursday, March 26, 2009

ADIK..


Satu kisah yang membuatkan anda rasa terharu dengan pengorbanan seorang adik....


Hanya satu kisah…Aku cuma ada seorang adik lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.


Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.


Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.


"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .


"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik.


Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik..""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak…Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi…aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.


Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya."Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

KAsiH sEOraNg aYah KepADa AnaK PEremPuANnyA

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang.
Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku…
kau terpaksa ku lepaskan….
Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku?
Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang.
Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya?
Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah.
Sudah pasrah, tapi diguris goyah.
Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku?
Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan?
Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar.
Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik.
Tuhan tidak akan mengecewakanmu.
Jodohmu telah ditentukan.
Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan.
Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti?
Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa.
Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi……
aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia.
Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi.
Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu.
Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah.
Aku rela.
Allah bersamamu.Beratnya untuk melepaskan dia pergi.
Selama ini, tangan ini yang membelainya.
Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya.
Ya, dia adalah permata hatiku.
Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan.
Dan kini sudah hampir masanya kau pamit.
Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu?
Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?
Maafkan aku wahai anak….
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati.
Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih.
Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan.
Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan.
Itu satu hakikat.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti.
Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya,umminya.
Aku akan bersangka baik.
Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya.
Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.
Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

EffeCt oF liPosUctiON

KUALA LUMPUR: Health Ministry enforcement officers raided a beauty salon in Jalan Ampang here yesterday, a day after a mother of three died during follow-up treatment of a liposuction procedure.

Noraini Mohd Ghazali, a 30-year-old company manager, died on Tuesday at the beauty salon. She is believed to have suffered an allergic reaction to an anaesthetic shot.Officers from the ministry's pharmacy enforcement division raided the outlet at 4pm and took away 15 bottles of liquid substance which had not been registered with the ministry.

"A cosmetic surgeon in his 50s was questioned about the various treatments offered at the beauty salon. The three-storey clinic included a spa on the top floor," an enforcement officer said.

Officers also interviewed the clinic assistant and seized Noraini's file.Noraini had liposuction several months ago and returned to the clinic on Tuesday after complaining of pain in the buttocks.She was accompanied by her sister, Misha Abu Bakar.Three hours later, Misha, who was in the reception area on the ground floor, was told by the surgeon that Noraini was dead.

"The doctor claimed that Norani had vomited three times before swallowing her own vomit on the fourth time.
"He said this happened after she had been injected with anaesthetic.
"The doctor claimed that he tried to resuscitate Noraini for about 45 minutes," Misha said.

Misha contacted Noraini's husband, Zaharuddin Zainuddin, 35, who lodged a report at the Ampang Jaya police station.The couple have three children Puteri Nur Shamimi Ameza, 11, Mohd Akmal Sharmiza, 9, and Mohd Abid Danish Nasmine, 3.Noraini's body was taken to her hometown in Kampung Tok Uban in Pasir Mas, Kelantan, for burial yesterday after a post-mortem was conducted at the Kuala Lumpur Medical Centre.Ampang Jaya police chief Assistant Commissioner Abdul Jalil Hassan said the case had been classified as sudden death and police were waiting for test results from the Chemistry Department.

MORAL OF THIS NEWS:>>
1) being a grateful person with what you already have.
2) don't be too obsess to look pretty with beautiful body shape.
3) think about the persons who love you before doing something dangerous.
4) make sure you make a right decision when you decide to make something with your body.
5) remember that beautiful and pretty are things that never long lasting.

HoW tO mAkE A cAke iN a mUg..


When your sweet cravings kick in but you don't have time to bake something tasty and warm, here's an excellent recipe to make a simple, quick and easy chocolate cake.

Recipe - Chocolate Cake
* 4 Tbsp. cake flour
- if you don't have cake flour, sift 1 cup (125g) all-purpose flour and 2 Tbsp cornstarch
- other kinds of flour will work as well, but the cake will be heavier
* 4 Tbsp. granulated sugar
* 2 Tbsp. cocoa
* 1 egg
* 3 Tbsp. milk (any kind)
* 3 Tbsp. oil (any kind but peanut)
* splash in a little vanilla

Steps
1. Grease the inside of the mug with cooking spray or oil.
2.Measure and pour the dry ingredients into the mug. Stir ingredients with a spoon.
3.Crack the egg and add it to the mug. Stir to get the egg incorporated in the dry ingredients.
4. Measure and pour the wet ingredients into the mug( Mug should be microwaveable).
5.Stir and beat everything together to get a "cake batter" mix.
6.Microwave on high for 3 minutes. Timing may be different for various watt amounts.
7.Watch as the cake starts to rise while in the microwave.
8. Use a potholder or oven mitt to remove the mug from the microwave.
9.Remove the cake from the mug. Take a fork and cut the cake into 4 pieces (quarters). Cutting the cake will help it cool down faster.
10. Garnish the cake with ice cream, whipped cream, glaze, syrup, or another topping of your choice.



I've tried this cake and its really so easy and takes very little time....and of course its Yummy....
It is amazing because before this I thought the mug will low of in the oven cz of the heat.

....so, let's try it yourself!!